Image Hosting


ediksi diriku..
tersangkut pada tekak atau tak mampu menggugah kehendak,
tak punya waktu luang bicara atau tak peduli sisi gelap jati bangsa,
tak penting utarakan diminda atau akal sempit dikapit dunia,
dimana, apa pilihan kita..


di alam lahut semua kita tahu..
bila ditanya semua tahu..
masuk perut mula lupa jadi tak tahu..
keluar-keluar satu benda kita tak tahu..
melalui dunia kita diberitahu..
bila dah banyak yang diberitahu..
mula kita sombong macam banyak sangat kita tahu..
kita tak tahu banyak lagi benda tak tahu..
bila orang lain cuba bagi tahu kita buat tak tahu..
dalam hati malas nak ambil tahu bende dah tau..
kita ni bukannya banyak sangat tahu..
tapi bila Dia bagi tahu..
kita teruslah jadi tahu..
tapi janganlah kita bongkak bile banyak yang kita tahu..
itupun banyak orang lain tahu tapi kita tak tahu..
hidup ini sampai bila seorangpun tak tahu..
tahu-tahu cukup masa kena menghadap yang maha tahu..
masa tu tak guna nak ambil tahu..
semua perkara yang kita buat ingat orang takkan tahu akan diberitahu..
masa itu beruntunglah sesiapa yang hidup didunia dulu ambil tahu..
yang tak pernah nak ambil tahu..
balasannya masa di dunia awal-awal sudah diberitahu..
jadi marilah kita semua ambil tahu..
kepada yang tak tahu kita beritahu..
kalau tak tahu, kita tanya mereka yang tahu..
tapi satu perkara yang kita perlu tahu...
tak semua benda kita boleh tahu..
sesungguhnya hanya Allah yang maha tahu..